in

PERKARA PENTING YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM BELI DASHCAM

Kamera ‘dashboard’ atau ‘dashcam’ kini semakin popular kerana kegunaanya yang pelbagai. Salah satunya adalah dapat merekodkan pelbagai kejadian yang berlaku di atas jalan dan semasa kita berada dalam kereta.

Walaubagaimanapun, sebelum membeli atau memilih ‘dashcam‘, anda perlu mengetahui dan mempertimbangkan beberapa ciri penting tentang fungsi dashcam.

Penting ke penggunaan dashcam?

For my view, ya kegunaan dashcam masa kini sangat penting. Jika berlaku kemalangan dan kenderaan anda terlibat, maka anda boleh menjadikan rakaman video yang ada sebagai bahan bukti jika ianya bukan salah anda.

dashcam

Ciri-ciri yang perlu dipertimbangkan untuk memilih dashcam :

1. Paparan LCD

Dashcam yang dilengkapi dengan paparan skrin LCD memudahkan kita untuk menetapkan arah rakaman pada bila-bila masa dan ia juga boleh menonton rakaman video yang dirakam tanpa skrin komputer.

2. Fungsi GPS

Fungsi GPS pada dashcam dapat merekod secara automatik lokasi dan kelajuan anda semasa rakaman video. Model yang datang dengan ciri GPS biasanya datang dengan perisian untuk melihat data yang dirakam.

3. Bateri tambahan

dashcam

Biasanya dashcam beroperasi tanpa bateri internal dengan menggunakan sumber kuasa 12 V yang ada dalam kereta. Tapi, untuk merakam semasa kenderaan tidak berjalan atau semasa parkir, anda memerlukan “internal battery” supaya dapat membantu merakam.

4. Continuous loop

Rakaman awal akan dibuang jika memori penyimpanan sudah penuh. Jadi anda akan ada cukup memori untuk menyimpan rakaman yang terbaharu.

5. Kaedah pemasangan

dashcam

Bagi memudahkan kita untuk membuka atau memindahkan dashcam, cara yang terbaik adalah memasang dashcam menggunakan pendakap “suction cup” dengan saiz yang sesuai. Suction cup boleh dilekatkan pada cermin hadapan kereta atau dashboard kereta.

6. Mengesan impak

dashcam

Kamera akan berfungsi sebaik sahaja ia dapat mengesan gerakan dan kemudian merakam secara automatik. Jadi, semasa anda parkir kereta, jika ada yang melanggar atau menggerakkan kereta anda, dashcam ini akan berfungsi dengan merekod secara automatik.

7. Sambungan wifi

dashcam

Dengan fungsi sambungan wifi, anda dapat melihat semula rakaman melalui jaringan “wireless” atau aplikasi pada telefon pintar anda. Dengan sambungan wifi juga, anda dapat melakukan tetapan menerusi telefon pintar.

8. Kualiti gambar baik

 

dashcam

Dengan kualiti rakaman yang baik, anda dapat melihat rakaman dari jarak jauh melalui kamera dengan kualiti yang baik. Gambar dengan resolusi 720p sudah cukup baik, dan kini dah banyak kamera dengan resolusi 1080p sudah ada di pasaran.

Selain itu, “viewing angle” juga sangat penting. Semakin besar “viewing angle” semakin luas pandangan rakaman.

9. Kualiti rakaman malam baik

dashcam

Pastikan kamera yang dipilih mestilah dapat merakam perjalan pada waktu malam dengan baik. Sebaiknya, pilih kamera yang dilengkapi dengan High Dynamic range yang dapat merakam gambar dengan lebih jelas dalam cahaya yang minimum.

Sumber: careta.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

Comments

comments

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Federal Tire’s 595 RS-RR Triumphs in German Design Award 2018

What Actually a Car’s Clutch Do ?