in

Tahukah anda, 7 tabiat ini boleh menyebabkan kereta rosak !

Bila dah lama memandu kereta, banyak pulak tabiat pelik yang dapat kita lihat. Tapi tak semua tabiat tu elok tau. Jom kita check apa antara tabiat yang tak elok ketika memandu. Harap-harap jangan lah ulang tabiat ni ye, sat gi lain pulak hal yang jadi.

1. Mengabaikan penggunaan hand brake

Apabila berada di kawasan cerun, semua bebanan akan diletakkan di bahagian gear pada gearbox. Jadi bila korang nak park kereta di kawasan macam ni, pastikan brek ditukar kepada ‘P’ dan tarik brek tangan sampai habis. Kalau nak bergerak, lepaskan handbrake tu secara perlahan-lahan ye.

2. Membiarkan bunyi pelik yang ada pada kereta

Kalau ada bunyi pelik-pelik yang keluar dari kereta anda, lebih baik periksa dahulu. Ramai yang suka mengabaikan perkara ini. Itulah punca kenapa tiba-tiba kereta rosak kat tepi jalan. Jadi kalau kereta ada mengeluarkan bunyi lain macam tu, jangan abaikan dan cepatlah periksa terus.

3. ‘Jauhi’ gear

Bukan kena jauh kan diri terus dari guna gear tapi, ini bermaksud rehatkan lah tangan anda dari memegangnya. Tahu tak, bila kita letak bebanan tangan kita pada gear, ia akan menambah bebanan pada gearbox. Ni lah antara punca yang menyebabkan gear tak dapat berfungsi dengan baik ataupun tersangkut.

4. Isi minyak bila berkelip

Kalau boleh, jauhi lah sikap yang suka mengisi minyak bila tank dah berkelip tu. Bila tank kereta kita betul-betul kosong, berkemungkinan besar kekotoran senang untuk melekat pada tank dan boleh menyebabkan kerosakan pada kereta.

5. Letak kaki pada brek kereta ketika menuruni bukit

Kebiasaanya, yang suka buat macam ni adalah penunggang motorsikal. Diorang akan get ready kalau ada apa yang akan terjadi bila turun bukit. Sebenarnya tak elok buat macam ni tau. Sistem brake korang akan overheating dan boleh menipiskan lagi brake pad dan disc.

6. Jaga jarak kenderaan anda

Dalam kelas memandu pun ada sentuh mengenai ni. Sangat penting sebenarnya untuk kita jaga jarak antara kenderaan depan kita. Tapi yang selalu terjadi sekarang, kalau boleh nak cium terus bontot kereta kawan tu. Buang lah tabiat ni, kita pun tak tahu bila brake kereta kita tiba-tiba tak berfungsi kan? Selain mengelakkan kemalangan kereta, benda ni juga boleh selamat kan diri sendiri.

7. Panaskan enjin kereta

Selalu orang yang berkereta ni akan tunggu sebentar selepas start enjin untuk panaskan kereta dia sebelum berjalan. Tapi buat kereta yang ada bau baru ni, tak payah lah nak panaskan. Kalau berkeras juga nak buat, dalam cuaca sejuk, pastikan dalam masa 1-2 minit sahaja. Tak perlu lama-lama.

Jadi, sekarang dah tahu antara punca yang boleh menyebabkan kereta rosak ni kan, pandai–pandai lah kita jaga kereta ye.. Selain selamat jalan raya, boleh selamat kan ‘poket’ anda dari kering juga. Selamat mencuba !

Sumber: Brightside

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Loading…

Comments

comments

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

What Are the Risk of Lowering My Car?

AN EXPERT GUIDE TO KEEPING YOUR CAR BRAND NEW