in

Antara aksesori untuk pacuan 4 roda anda

Gambar di atas adalah ”Alpha Sport Cover”… Fungsinya adalah untuk menutup keseluruhan kargo untuk simpanan barang-barang supaya ianya tidak terkena matahari dan hujan. Ianya juga didatangkan dengan LOCK untuk keselamatan barang di dalam kargo tersebut. Nampak cantik kan… 🙂

Gambar di atas pula adalah ” Coil spring”… Yang ini bukan coil spring biasa yang macam sedan pakai, yang ini di khaskan untuk pacuan 4 roda sahaja… 🙂

Gambar di atas pula adalah ” Bull Bar”… Fungsi alat ini adalah untuk melindungi bahagian bumper fiber glass anda daripada pecah dan kemek.. Yang ini di buat dari 100% besi, jadi tak perlu risau bila terlanggar apa-apa benda. Ada juga jenis yang kena cabut bumper fiber glass dan pasang yang besi tu.. Yang ini tak perlu cabut. Hanya pasang saja di depan nya.. Selalunya Bull bar ini dia sekali dengan lampu spotlight… 🙂

”Rear bull bar bumper”, diperbuat daripada 100% besi, fungsinya sama macam bumper depan bull bar. Anda juga boleh pijak untuk memudahkan anda naik ke ruang kargo dan memudahkan anda untuk ambil dan simpan barang.

Safari snorkel

Alat ini sangat penting jika anda berminat untuk membawa pacuan 4 roda anda masuk atau melintasi kawasan sungai. Tanpa alat ini, enjin tidak akan dapat bernafas ketika dalam air dan menyebabkan enjin anda mati. Alat ini akan dipasang pada bahagian air filter.

Suspension ini dikhaskan untuk pacuan 4 roda anda supaya bila anda akan merasa selesa membawa jentera anda jalan dalam hutan berlumpur, mendaki bukit dan sebagainya.

Yang ini namanya ”Side step”. Fungsi side step ini adalah untuk memudahkan akses turun dan naik dari jentera dengan mudah dan senang. Tak perlu lagi risau jika jentera anda tinggi.

Demikianlah sebanyak sedikit ringkasan aksesori yang boleh ditambah pada pacuan 4 roda anda. Terdapat banyak lagi aksesori lain, boleh cuba cari di artikel lain. Mungkin ia boleh membantu pacuan 4 roda anda menjadi seperti sebuah rumah? Tidak mustahil bukan?

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

What you should know when owning a car ??

PENTING! Panduan pemasangan cermin gelap di kereta anda