in

Cara Brek Enjin dengan Betul

Salah satu sebab kenapa perlu menggunakan enjin brek(brake engine) adalah mengelakkan komponen brek cepat haus. Menggunakan brek enjin juga membantu anda membrek dengan lebih selamat dan tepat, termasuk menjaga kondisi enjin supaya tidak ‘cedera’.

Tetapi bagaimanakah menggunakan brek enjin jika anda memandu kereta automatik? Ramai pemandu automatik kurang arif dan biasanya cenderung menekan brek walaupun enjin dalam rev tinggi.

Brek enjin adalah teknik membrek dengan cara menganjak turun gear untuk merendahkan rev (rpm) enjin. Bagi kereta manual, ia dilakukan dengan menurunkan gear tinggi kepada rendah, misalnya daripada gear 5 kepada 3 atau 4.

Namun bagi kereta automatik, caranya adalah menurunkan gear D (atau D4) kepada 3. Cara ini akan membantu anda memperlahankan kelajuan kereta tanpa perlu membrek mengejut. Ramai pemandu automatik tidak tahu, dan ada pula yang tahu tidak tidak mahu melakukannya kerana risau enjin atau transmisi rosak.

Faktanya,  menggunakan brek enjin untuk membrek sebenarnya tidak akan menyebabkan kerosakan enjin dengan syarat dilakukan dengan betul.

Apa yang penting, anda perlu menurunkan gear secara bertahap dan jangan terus menukar gear tinggi kepada gear paling rendah. Turunkan gear D (atau D4) kepada 3 dan kemudian barulah kepada gear paling rendah, Low (L atau 4). Semoga perkongsian ini dapat membantu.

Sumber Suzuki.co.id

What do you think?

Modern safety features you should have in your new car

Booking your new Honda Accord, 1.5L turbocharged engine now !