in

PENTING !!! Fungsi ‘SHIFT LOCK’ pada gear kenderaan anda!

Image result for shift lock release button


Cuba perhatikan tombol gear (bagi yang memakai kereta bertransmisi automatik) kereta anda. Perasan kan ada punat kunci shif atau SHIFT LOCK disitu? Jangan terkejut sebab ramai sebenarnya yang tidak tahu apa fungsi shift lock ini walaupun dah bertahun-tahun memandu.

APAKAH SHIFT LOCK?

Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ada dua insiden yang kerap berlaku pada pemilik kereta automatik tanpa fungsi shift lock:

  • Pemandu panik kerana kereta tiba-tiba tidak dapat dihidupkan, sedangkan keretanya itu dimatikan dalam gear sama ada D atau R. Enjin kereta automatik cuma dapat dihidupkan dalam posisi N atau P.
  • Pemandu menyangka kenderaan dimatikan dalam P, tetapi sebenarnya dalam N. Apabila dihidupkan, gear terus ditarik ke bawah (di bawah P ialah R) kerana mahu mengundur , tetapi kereta sebenarnya dalam D dan bergerak ke hadapan.

Jadi, shift lock direka untuk mengatasi dua insiden di atas yang membabitkan isu keselamatan. Jadi, anda tidak perlu lagi risau kerana kereta anda mesti dimatikan dalam P sebelum kunci boleh dicabut.

PUNAT SHIFT LOCK?

Punat shift lock (ada juga ditulis shift lock release) berfungsi melepaskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, sebagai contoh kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. Cara menggunakannya seperti berikut:

* Model kereta: Perodua Axia SE

Enjin dimatikan dalam P.
Cabut kunci kereta.
Tekan punat shift lock tanpa melepaskannya dan pada masa sama tarik tombol gear.
Letakkan pada posisi N. Lepaskan punat.
Jangan lupa rilis atau free-kan brek tangan
Cuba tolak kereta untuk memastikan ia berada dalam kedudukan N atau neutral.

INFO TAMBAHAN


Punat shift lock bagi sesetengah kereta memerlukan anda menggunakan pin atau pemutar skru mata rata untuk digunakan. Anda boleh balut atau lapik pemutar skru dengan kain untuk mengelak kesan calar pada konsol gear.

What do you think?

How do you keep car paint from fading?

LESEN MEMANDU ASING BOLEH DITUKAR KE LESEN MALAYSIA BERMULA ESOK