in

Bila masa yang sesuai tukar PAD BREK kenderaan anda ???

Tahukah anda PAD brek yang bagus memberikan kesan yang cukup besar terhadap keselamatan anda sama ada selamat atau hilang nyawa.

Pad brek (brake pad), atau pelapik brek (brake lining) terletak dalam kaliper brek/kasut brek, berfungsi menghentikan roda kenderaan setiap kali brek digunakan. Jadi, apabila pedal brek dipijak rapat, memang tidak sukar hendak membayangkan daya tekanan yang dikenakan hingga mendedahkan ia kepada kondisi haus dan lusuh (wear and tear).

Semakin kerap memandu, maka semakin cepat proses kehausan berlaku.

Dalam brek cakera, pad brek (brake pad) ialah material hitam yang dipegang kaliper brek merah. Pelapik brek (brake lining) ialah bahagian pad brek yang bersentuhan dengan cakera brek logam (rotor) apabila brek dihubungkan. Kredit Foto: David Monniaux

Pad brek perlu diselenggara normal dan ia wajib dilakukan. Sebenarnya ia bukan khusus untuk mekanik saja, tetapi anda sebagai pemilik kenderaan juga perlu bertanggungjawab. Bukan sekadar memerhati secara visual, tetapi juga mengesan sebarang perubahan dari segi bunyi komponen brek, dan tahap kecekapan membrek.

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk mengetahui kondisi pad brek kereta anda dalam keadaan baik atau sebaliknya?

1. Lampu Indikator Menyala atau Berkelip

Ini paling mudah. Sesetengah kenderaan dilengkapkan dengan lampu amaran pada panel meter yang menunjukkan pad brek perlu diganti. Namun di Malaysia, tidak semua kereta ada simbol amaran ini kecuali kereta berstatus premium dan mewah.

2. Bunyi Besi Bergesel, Menderam

Salah satu tanda lain ialah kedengaran bunyi seakan besi bergesel (grinding) atau menderam (rumbling). Ini menunjukkan pad brek sudah haus dan jika dibiarkan lama boleh merosakkan kaliper brek dan cakera, sekali gus menyebabkan seluruh sistem brek kenderaan rosak.

Sila peka dengan sebarang bunyi aneh dari bahagian brek.

3. Bunyi Berkiut, Nyaring

Ini tanda paling awal yang menunjukkan brek sudah haus. Lebih-lebih lagi apabila anda kerap mendengarnya. Lebih elok bawa kereta ke bengkel untuk diperiksa jika bunyi semakin kuat dan berterusan.

4. Pad Nipis

Sesetengah pad brek mengalami kehausan tidak sama rata.

Adakah brek anda sudah nipis? Itu ialah tanda mudah yang anda perlu tukarkan pad brek baharu. Caranya, lihat celahan rim dan perhatikan pad brek yang mengepit rotor brek atau cakera. Jika pad brek nampak nipis, anda perlu menukar baharu.

What do you think?

Repair deep scratches on a car bumper

Gred Petrol Baharu, RON95 Untuk Tahun 2020!