in ,

Cipta Teknologi Cegah Tidur Ketika Memandu???

Tahukah anda undang-undang keselamatan jalan raya di Eropah antara yang terketat? Dengar cerita mereka akan menguatkuasakan sistem amaran keletihan(fatigue alert system) pada masa akan datang.

Teknologi itu membantu pemandu sentiasa berwaspada dan mengelak tertidur ketika memandu dengan mengesan sebarang tanda-tanda kepenatan. Ia sebenarnya sudah pun ditawarkan pada model DS 7 Crossback di Britain melalui sepasang unit kamera inframerah yang ditumpukan kepada pemandu dengan mengawasi kedudukan kenderaan secara berterusan.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI ?

  • Dua kamera dipasang menghadap pemandu, satu atas stereng dan satu lagi atas cermin depan.
  • Sistem akan mengawasi tiga tanda utama situasi mengantuk atau hilang tumpuan: pergerakan mata,  kelopak mata atau leher.
  • Jika satu tanda tersebut dikesan, satu amaran audio dibunyikan dan notis amaran muncul pada paparan instrumentasi digital.
  • Pada masa sama, sistem pengawasan kedudukan kenderaan akan sentiasa mengesan pergerakan kereta berdasarkan tanda jalan (road markings) dan memberi peringatan kepada pemandu dengan audio amaran jika terdapat pergerakan stereng secara tiba-tiba atau mengejut.

Gabungan sistem ini berfungsi sebagai alat bantuan supaya pemandu kembali sedar dan mempunyai kesempatan membetulkan keadaan.

Selain teknologi itu, terdapat kenderaan yang sudah sedia dilengkapi ciri Bantuan Kekal Lorong (LKA) yang berfungsi mengelak kereta tersasar ke laluan sebelah. Ada juga teknologi yang mampu mengaktifkan brek secara automatik walaupun dalam halaju tinggi.

Dalam usaha menjadikan teknologi tersebut dapat digunakan pengguna, Kerajaan perlu memainkan peranan utama menerusi penguatkuasaan undang-undang seperti dilakukan negara-negara dalam EU. Ini secara langsung mampu menurunkan kadar kemalangan.

CC Hirata

What do you think?

Basic Things to Know About Car

Difference of Hub-Centric & Lug-Centric Wheel