in ,

Elakkan tinggal kereta lama tidak ber ‘start’

Sering kali kita mendengar jika kenderaan yang ditinggalkan dalam tempoh yang lama, ia akan mengalami masalah seperti sukar menghidupkan enjin, brek kurang mencengkam dan peralatan elektronik yang tidak berfungsi. Bagi mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku, beberapa perkara perlu dipastikan sebelum meninggalkannya. Antaranya ialah;

TANGGALKAN SAMBUNGAN KABEL BATERI
Benda ini ramai yang tahu kalau nak tinggal kereta dalam satu masa yang lama memang kena cabut bateri. Fungsinya adalah untuk mematikan arus bateri kereta dan mengelakkan daripada bateri menjadi lemah seterusnya mengakibatkan kereta susah nak start atau tak boleh langsung. Cabut bateri pun bukan boleh main cabut je. Ada caranya. Gunakan sepana untuk melonggarkan nut pada terminal bateri dan cabut terus sambungan dari bateri.

PAM TAYAR
Pernah nampak tak kereta usang yang ditinggalkan lama di tepi jalan mesti tayar dia kempis. Ini apa yang akan terjadi sekiranya korang biarkan kereta korang terlalu lama tak bergerak. Untuk mengelakkan tayar kempis, pastikan korang isi angin tayar mengikut spesifikasi tayar kenderaan. Berat kenderaan sebenarnya menekan tayar sehingga menjadi kempis. Proses ini akan lebih cepat pada waktu sejuk. Nak lagi extreme korang cabut je tayar kereta kalau rasa tak nak guna kereta tu.

PARKING DI TEMPAT TERTUTUP
Meletakkan kenderaan korang di tempat tertutup juga penting untuk kesejahteraan kenderaan. Jika kereta terdedah kepada cuaca luar yang panas, hujan dan berembun untuk tempoh yang lama, cat pada badan kereta akan pudar atau karat. Selain itu, bahagian interior kereta korang juga akan rosak. Kalau tak ada tempat tertutup, pastikan korang buka sedikit tingkap kereta dan angkat wiper ke atas. Kalau ada canvas kereta tu, boleh lah korang selimutkan kereta tu. Lagi bagus kalau korang basuh kereta seminggu sekali untuk buang segala kotoran yang melekat pada badan kereta.

ELAK GUNA BREK TANGAN
Brek tangan yang digunakan dalam masa yang lama kebiasaannya akan menyebabkan break pad melekat pada break disc. Bila dah melekat ni memang leceh sikit nak betulkan. Jadi antara cara yang boleh korang guna kalau tak nak guna brek tangan adalah dengan meletakkan kenderaan korang pada gear satu. Boleh juga letakkan wheel stopper pada tayar korang.

ISI MINYAK PENUH
Tangki minyak yang sikit atau kosong boleh menyebabkan wap terhasil dan sekaligus mengakibatkan tangki minyak berkarat. Selain itu, gas petrol juga boleh terhasil dan boleh menyebabkan kereta lebih mudah meletup atau terbakar. Untuk mengelakkan daripada perkara tak diingini berlaku, sila isi penuh minyak kereta korang tu. Harga minyak pun tengah murah sekarang ni.

Tapi cara paling senang untuk memastikan kereta korang tidak mempunyai masalah adalah korang sendiri yang kena rajin hidupkan enjin kereta untuk beberapa minit setiap hari. Lagi baik kalau dapat bawak kereta pusing-pusing kejap.

Credit HAMKA

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Periksa Kereta Anda Sebelum Balik Kampung !

KENAPA TAYAR KERETA ANDA SELALU KURANG ANGIN ?