in ,

KENALI CRUISE CONTROL KENDERAAN ANDA

KAWALAN Jelajah Adaptif (Adaptive Cruise Control, ACC) adalah perkembangan baharu dalam teknologi pemanduan automatik.

ACC berfungsi mengekalkan halaju, sama seperti teknologi kawalan jelajah (cruise control) konvensional, tetapi dengan tambahan ciri menetapkan jarak selamat dengan kenderaan depan. Jarak selamat dimaksudkan itu adalah dalam julat 1-4 saat di belakang kereta depan.

Sesetengah model kereta, pemandu boleh menetapkan jarak sendiri. Selalunya sistem ACC dipasangkan bersama sistem amaran perlanggaran depan (FCW). Namun ramai pemandu terlupa yang sistem ACC tidak mengawal sepenuhnya fungsi kawalan halaju kenderaan mereka. Malah, ACC tidak mampu berhenti sendiri sekiranya ada kenderaan lain tiba-tiba memasuki laluan memandu anda secara mengejut.

BAGAIMANAKAH ACC BEKERJA?

Ciri ACC Proton X70 dikombokan bersama Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dan Amaran Perlanggaran Depan (FCW) dengan bantuan 9 sensor dan 5 kamera.

ACC beroperasi menggunakan sensor radar untuk mengenal pasti had laju kenderaan depan dan menganggarkan kemungkinan halangan. Sensor radar itu terletak di depan kereta, biasanya di celahan gril atau bampar depan, dan tersorok. Namun, ada bukaan ruang yang optimum supaya radar dapat berfungsi sebaiknya.

Selagi tiada halangan di depan kereta, ACC akan menetapkan kelajuan seperti ditetapkan. Sebaliknya, jika ada halangan seperti kenderaan perlahan atau membrek di depan, sistem kereta akan bertindak mengurangkan halaju atau mengaktifkan sistem brek.

Sebaliknya, jika kenderaan di depan meningkatkan kelajuan atau menukar lorong, ACC akan meningkatkan kelajuan mengikut halaju dimahukan pemanduACC biasanya beroperasi pada halaju lebih 30kmj, dan sistem ini lebih maju berbanding Kawalan Jelajah konvensional kerana boleh juga beroperasi bawah halaju 30kmj. Sesetengah pengeluar sensor radar memanggil sistem ini sebagai ACC Go & Stop.

Sistem ini mampu mengawal jarak selamat dan menghentikan kenderaan sepenuhnya mengikut tetapan jarak selamat pemandu. Maksudnya, sistem ACC boleh digunakan ketika memandu dalam trafik sesak. Walaupun sistem ini diakui canggih, tetapi masih tetap memerlukan kawalan pemandu.

TEKNOLOGI  DI SEBALIK ACC

Jarak jangkauan sensor radar dan kamera.

Radar ACC tidak bercanggah dengan radar polis dan juga tidak dapat dikesan pengesan radar. Pengeluar akan menggunakan dua radar, untuk kawalan jarak dekat (dalam jarak 30 meter), dan jarak jauh (dalam jarak 180 meter atau selang masa 6-7 saat di lebuh raya).

Pada awal inovasi ACC, pengeluar menggunakan sistem laser untuk mengesan kedudukan kenderaan depan. Bagaimanapun, sensor radar dipilih kerana ia berfungsi lebih baik dalam cuaca buruk, manakala kos pembuatan pula lebih kompetitif berbanding sistem laser.

Sistem EyeSight dibangunkan Subaru menggunakan dwi kamera.

Ada juga sistem ACC yang menggunakan teknologi optikal dan contoh terbaik adalah sistem Eyesight dibangunkan Subaru. Sistem tersebut menggunakan dua kamera sebelah cermin pandang belakang dan dibantu sistem brek automatik tidak berbantu (unassisted automated braking) ketika memandu perlahan jika mengesan ada halangan berupa pejalan kaki atau kenderaan berhenti mengejut di laluan anda.

Teknologi ACC memudahkan kerja memandu di jalan raya sesak, terutama di bandar-bandar besar dan menjelang musim perayaan. Namun, teknologi ini masih tidak dapat memberikan anda peluang melelapkan mata di jalan raya. Sentiasa pandu selamat!

Sumber: DigitalTrends|Bosch|ExtremeTech.com

What do you think?

What to do if your car isn’t braking right ????

4 Reasons your High Beam Headlights Don’t Work