in

“KENAPA KAMI PILIH PERODUA ARUZ ?” Jawapan yang memeranjatkan semua

APABILA bercerita hal kenderaan, keperluan dan kehendak kita memang berbeza. Dan apabila mengaitkan kenderaan dan keluarga pula, semestinya kita mengambil berat tentang sebuah kenderaan yang selesa, dan praktikal dengan harga mampu milik.

KENAPA PERODUA ARUZ?

Saya dan isteri berkongsi hobi yang sama. Kami suka berjalan, dan boleh dikatakan setiap hujung minggu, kami akan pilih satu destinasi untuk beriadah bersama keluarga dan anak-anak. Untuk itu, kami pilih Perodua Aruz kerana ia dapat memenuhi keperluan keluarga kami dan paling penting, harganya mampu milik,” kata Ali

1. RUANG LUAS

“Antara sebab utama kenapa kami pilih Aruz adalah kerana anak sulung kami, anak istimewa yang mengalami cerebral palsy yang mana beliau tidak boleh berjalan. Jadi kami memerlukan kenderaan dengan ruang belakang luas supaya dapat bawa kerusi roda dan juga barangan lain. Boleh dikatakan, kenderaan dengan ruang dan keselesaan menjadi kriteria utama yang kami perlukan.”

2. CIRI KESELAMATAN CANGGIH

Selain ruang luas, ciri keselamatan juga harus diambil kira. Paling menarik, Aruz didatangkan dengan ciri keselamatan A.S.A 2.0 (Advanced Safety Assist). Ia juga hadir dengan ciri Eco Idle dan Start/Stop automatik yang membuatkan pengalaman memandu rasa lebih selesa dan menyeronokkan.

3. JIMAT MINYAK

enjin Perodua Aruz

Tidak dapat dinafikan, Perodua Aruz memang jimat dari segi penggunaan bahan api. Sesuai sangat bagi mereka yang suka memandu jauh kerana dengan penjimatan minyak, maka tidak perlu risau lagi tentang masalah ‘ongkos’ minyak.

4. HARGA MAMPU MILIK 

Perodua Aruz Advance Malaysia_PanduLaju_17

Kepada di luar sana yang mencari kenderaan keluarga berbaloi dengan harga mampu milik, cuba buat kaji selidik tentang Perodua Aruz. Anda pasti tidak menyesal !

What do you think?

Premium engine protection you can afford – Full Bore PLUS SERIES

JENIS TAMPALAN TAYAR YANG PERLU ANDA TAHU