in ,

Najis burung boleh buat kan cat kereta anda rosak ?

Seringkali kita terlihat bahawa terdapat najis-najis burung yang telah melekat pada permukaan kereta, lebih-lebih lagi jika kereta itu diletakkan di tempat yang tidak berbumbung ataupun di bawah pokok. Rasa kecewa seketika apabila mendapati kereta yang baru sahaja dicuci telah pun kotor semula akibat daripada najis-najis burung. Ada yang mengatakan najis ini akan merosakkan cat. Tetapi, ujian-ujian simbahan campuran asid atau alkali cair mendapati tidak ada kerosakan ketara kepada lapisan cat kenderaan sebenarnya.

Bila suhu menjadi sejuk (hujan atau malam), lapisan lakuer cat mengecut dan mengeras serta menjadi sebati di sekeliling najis burung. Sebatian itu yang akan nampak buram (tidak berkilat) kerana permukaan di kawasan itu sudah tidak rata dan kurang memantulkan cahaya.

Jadi, ini antara tips mengenai cara-cara untuk membersihkannya daripada permukaan kereta. Jom baca!

Burung kecil

-PERTAMA-
Jika najis burung tersebut adalah cair, anda boleh menggunakan kain lembap dan lap pada permukaan kereta dengan segera. Jika anda ingin menggunakan tisu basah pun boleh juga tetapi terdapat pakar mengatakan bahawa tisu adalah lebih kesat berbanding dengan kain.

-KEDUA-
Jika najis burung tersebut telah kering dan menggerutu, ia sebenarnya merupakan najis yang susah untuk dibersihkan. Apa yang anda perlu lakukan ialah ambil kain lembap, letakkannya di atas najis burung tersebut dan biarkan selama 10 minit ataupun lebih. Selepas itu, bersihkannya dengan lembut dan jangan menyentalnya dengan terlalu kuat, okay?

-KETIGA-
Setelah bersih, anda perlu lap permukaan tersebut sehingga kering. Jika anda mempunyai pengilat kereta jenis semburan, boleh gunakannya untuk sembur dan gilap permukaan yang terkesan itu.

Setelah selesai mengikut langkah yang kami beritahu ini, jangan lupa untuk bersihkan tangan dan juga kain yang anda gunakan itu dengan sabun pembunuh bakeria, okay? Hal ini kerana najis burung mengandungi bakteria dan juga fungus yang boleh mendatangkan penyakit Histoplasmosis dan Cyrptococcosis yang boleh membunuh.

Sumber Rujukan: Careta.my

What do you think?

Top 3 Ways to Give Your Car an Extreme Makeover

How Thermostat Valves in car cooling system works ???