in

Pilihan pickup 4×4 terbaik di Malaysia

Satu ketika dahulu, kenderaan pickup 4×4 merupakan kenderaan yang dipakai oleh mereka yang cari makan. Ertinya, kenderaan itu memang ditumpukan oleh orang yang menggunakannya dalam urusan buat kerja berat.

Kenderaan pickup 4×4 bertukar arah kegunaan

Mungkin atas desakan meluaskan pasaran, kenderaan 4×4 bukan lagi jenis yang nampak selekeh dengan keadaan pemanduan yang melantun keras macam nak spring besi pejal.

Boleh dikatakan hamir kesemua kenderaan 4×4 sekarang dah jadi hybrid dua alam. Semua direka sesuai untuk kegunaan atas jalan raya biasa dengan rekabentuk yang menarik serta warna yang berkilat. Reka bentuk dalaman juga amat selesa dengan disertakan berbagai fungi. Pemanduannya juga dah mula menjadi selesa.

Hasilnya, kita boleh lihat begitu ramai orang yang membeli dan menggunakan kenderaan 4×4 sebagai kenderaan harian mereka bersama keluarga. Dalam masa yang sama mereka juga gunakan kenderaan tersebut untuk aktiviti lasak, angkut barang dan aktiviti cari makan.

5 kenderaan pickup 4×4 terbaik

Saya berikan panduan mudah kat sini. Kita buat pilihan berdasarkan harga sahaja. Itu merupakan faktor paling penting yang diguna pakai oleh majoriti pengguna. Kalau nak buat pilihan berdasarkan kreteria lain seperti lasak, kuat, selesa, cantik, mengancam, berprestij dan sebagainya, itu merupakan kelebihan yang hanya ada pada segelintir orang yang ada banyak duit.

#1. Mitsubishi Triton

Ini mungkin kenderaan 4×4 yang paling kerap kita berjumpa atas jalanraya. Ramai anak muda yang pakai jenis ini dengan make-up yang menawan.

Kelemahn ketara paling teruk untuk Mitsubishi Triton ini adalah dari segi ciri-ciri keselamatan. Jika dilihat pada harganya dan dibuat bandingan dengan keselamatan yang diberikan, amat menghampakan.

#2. Nissan NP300 Navara

Jenis Nissan NP300 Navara ini juga ada banyak atas jalan. Mudah nak jumpa kalau kita memandu atas jalan raya di Malaysia. Ia antara kenderaan 4×4 yang ringan disebabkan pilihan bahan pembuatannya yang ringan dan kuat.

#3. Toyota Hilux

Tak payah nak perkenalkan kenderaan pickup paling banyak dipakai di negara kita ini. Model Hilux memang antara model yang amat lama ada di pasaran dari dulu sampai sekarang. Kelebihannya adalah sebab dah lama dipakai, ramai yang memakainya jadi amat mudah untuk penyelengaraan. Spareparts ada banyak samada yang recond atau yang baru. Kos selenggara pula amat murah berbanding kenderaan 4×4 yang lain


Apa yang menarik bagi Hilux ini adalah daya tahan lasaknya yang memang terbukti hebat. Diuji dengan berbagai cabaran, dilempar jatuh dari tempat tinggi, direndam dalam air garan dan sebagainya, selepas itu bila dihidupkkan, ia masih tetap utuh macam biasa.

#4. Mazda BT-50

Model 4×4 dari Mazda ini tak berapa banyak sangat atas jalanraya sedangkan rasanya ia merupakan satu pilihan yang amat bernilai dari segi harga dan apa yang anda dapat. Teknologi terkini digunakan dalam pembuatan 4×4 ini. Anda dapat macam-macam kelebihan reknologi dan ia merupakan sebuah pickup yang amat kuat.

#5. Ford Ranger

Satu lagi model yang ramai orang teringin nak beli dan pakai. Mungkin satu hari nanti mampu menggugat kedudukan Hilux yang sekarang menjadi kenderaan 4×4 paling banyak dijual di Malaysia. Ford Ranger sekarang duduk nombor dua selepas Hilux dari segi jumlah unit jualan.

Rekaan dalamannya tak payah nak komen lagi, memang superb. Rekaan luarannya pula amat mengiurkan. Tambahan pula jika dimake-up dengan berbagai pilihan aksesori yang ada di pasaran dan di Thailand.

Bukan saja cantik, selesa, malah kenderaan ini amat kuat dan lasak sebagai mana moto Ford Ranger, Build Tough. Moto itu bukan saja-saja nak sebut supaya sedap didengar. Anda boleh tarik muatan 3,500 kg selamba saja tanpa hilang daya kawalannya. Maknanya, anda boleh bawa kenderaan 4×4 ini ke mana-mana saja tanpa rasa risau. Bukit atau hutan, lopak atau jalan bertar.

Dan dari segi ciri-ciri keselamatan, ia adalah yang terbaik berbandig kesemua kenderaan yang saya sebutkan kat atas tadi. Tak perlu risau kalau beli dan pandu Ford Ranger.

Disclaimer: Sumber ini mungkin ditukar mengikut tahun, jadi mungkin faktanya juga berbeza. Mat

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

FIND THE BEST MOTOR OIL FOR YOUR VEHICLE !

Top 3 Reasons Why You Should Drive a Small Vehicle