in

Kenapa Cecair Penyejuk/”Coolant” berwarna warni ?

Sedikit definisi ringkas, coolant ialah jenis bendalir untuk kenderaan pembakaran dalaman, biasanya berasaskan air, yang dicampurkan bersama air biasa bagi tujuan menyejukkan enjin daripada situasi panas lampau (overheating). Coolant akan dikitarkan ke blok enjin menerusi radiator dan ia bekerja sepanjang enjin beroperasi. Di negara empat musim, coolant juga berfungsi mengelak air membeku ketika musim sejuk.

Tentang warna pula, sebenarnya warna coolant bukan sekadar visual, tetapi ada kegunaannya. Hmm, apakah pula kegunaannya selain supaya nampak cantik dipandang ketika dituang?

SETIAP PENGELUAR BERBEZA WARNA?

warna-coolant-kereta-1

Sebenarnya, warna coolant turut mewakili identiti pengeluar dan setiap pengeluar cuba menghasilkan warna coolant berbeza. Malah, setiap warna pun lain-lain kepekatannya. Ia bagi memudahkan ia dibezakan dengan bendalir enjin lain.

Kegunaannya pula, sekiranya berlaku kebocoran melibatkan coolant, mekanik dapat terus mengenal pasti punca tersebut berdasarkan warna bendalir sama ada itu adalah minyak, air biasa atau bendalir penyejuk aka coolant daripada radiator.

TIADA KAITAN ANTARA WARNA DAN KUALITI

Warna yang dinyatakan (hijau, kuning, biru dan merah) adalah paling banyak digunakan pengeluar untuk produk mereka. Apa yang perlu diketahui, perbezaan warna coolant tiada kaitan dengan kualiti dan fungsi bendalir kerana  ia cuma pewarna.

Jadi tidak perlulah kita bercakap dan bertengkar mengatakan coolant merah pekat itu lebih bagus, atau coolant kuning itu lebih sejuk.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Total votes: 1

Upvotes: 1

Upvotes percentage: 100.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Here’s What’s Latest Technology on New 2019 Toyota Vios

The Do’s and Don’ts of Car Window Tinting