in

Gred Petrol Baharu, RON95 Untuk Tahun 2020!

Diuar-uarkan bahawa mulai tahun depan, gred petrol RON95 baharu bakal dikeluarkan ke seluruh negara dengan teknologi yang lebih berkualiti tinggi beserta spesifikasi standard bahan bakar EURO4M(E4M).

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz berkata, E4M yang merupakan petrol berkualiti setanding RON97, akan menggantikan standard E2 yang sedang digunakan.

Pihak industri telah bersedia untuk melaksanakan penjualan gred tinggi RON95 itu dengan kerja-kerja di peringkat depoh dan stesen minyak sedang dijalankan.

Antara kebaikan RON95 E4M adalah dari segi penjagaan kualiti alam sekitar kerana dapat mengurangkan pengeluaran asap serta penjagaan enjin lebih bersih.

DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA 2009

Menurut Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, pengenalan kualiti bahan api yang lebih tinggi adalah salah satu usaha bagi mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009 iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar serta kesan kepada kesihatan orang awam.

Pada 18 Ogos 2014, kerajaan bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5 iaitu Petrol RON97 EURO4M pada 1 September 2015, RON95 E4M (1 Oktober 2018), Diesel EURO5 (1 September 2020) dan Petrol EURO5 (1 September 2025).

Namun pada 5 Oktober 2018, Saifuddin Nasution berkata, kerajaan memutuskan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan dari 1 Oktober tahun itu ke 1 Januari 2020 bagi menjajarkan perubahan harga kos produk bagi RON95 E4M dengan permulaan kerja-kerja transisi kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh minyak dan stesen minyak. – Bernama

What do you think?

Bila masa yang sesuai tukar PAD BREK kenderaan anda ???

Can a better air filter improve your gas mileage? We’ll find out…