in , ,

Masih Ramai Pengguna Salah Faham Mengenai RON95 dan RON97

Dibawah adalah antara soalan2 yang sering ditanya;

1. Adakah minyak jenis RON 95 dan RON 97 boleh dicampur?

9023849023890480-990×556

Boleh, tiada masalah. Jangan campur minyak jenis diesel sudah.

2. Selain daripada knock sensor, apa lagi cara untuk lawan knock?

1415724412057

Knock atau auto ignition menyebabkan petrol meletup tanpa bantuan spark plug dimana ianya dikategorikan sebagai pembakaran tidak terkawal. Salah satu puncanya adalah suhu yang tinggi. Untuk mengawal suhu supaya dalam julat operasi, special water jacket perlu direkabentuk. Bentuk combustion chamber perlu direka agar tiada sharp edges terbentuk. Sharp edges ini akan menyebabkan suhu tinggi dan memudahkan knocking berlaku

3. Kereta saya kereta Jepun lama, kalau guna RON 95 lebih cepat habis berbanding RON 97.

nissan-skyline-r32-28

Enjin kereta lama semasa drawing board lagi meletakkan RON 97 semasa pembinaan. Terutama kalau kereta JDM banyak menggunakan RON 98, jadi tiada masalah jika anda gunakan minyak jenis RON 97.

Setelah beberapa tahun penggunaan, akan berlaku carbon build up sekitar valve seatvalve intakevalve exhaust, dan permukaan piston. Pembentukan karbon ini secara tidak langsung akan menyebabkan compression ratio meningkat. Biasanya pusat servis kereta akan menjual pencuci karbon dan dituang ke dalam tangki petrol.

4. Selain dari perbezaan RON, apa lagi beza kedua-dua jenis bahan api ini?

RON95-or-RON97-Is-there-a-difference06 (1)

Sesetengah pengeluar mencampurkan bahan aditif ke dalam petrol. Bahan aditif ini bertindak sebagai pemangkin yang meningkatkan nilai RON dan pelbagai fungsi yang diiklankan oleh pengeluar.

Sebagai contoh Caltex memberi jaminan enjin kekal bersih dari enapan karbon setiap kali digunakan. Shell V Power Racing yang dicampurkan dengan aditif berkesan bagi melancarkan proses pembakaran.

Dari segi pencemaran, RON 97 lebih bersih kerana kurang sulfur dan mampu menghalang pembentukan sulfur dioksida yang menyebabkan jerebu. Selain memberikan kuasa yang lebih, RON 97 mampu menyelamatkan bongkah ais kutub utara dan beruang.

5. Saya selalu pakai RON 97 dan saya rasa tak ada kuasa jika saya gunakan minyak jenis RON 95. Adakah ini RON 97 lebih berkuasa?

Perbezaan RON 95 Dan RON 97

Seliter ron 95 dan ron 97 mempunyai jumlah tenaga yang sama. Yang membezakan diantara kedua-dua jenis minyak ini adalah ketahanan menahan suhu dan tekanan tinggi tanpa meletup sebelum spark plug menyala.

Untuk memberi pemahaman yang mudah, pengguna dicadangkan menggunakan RON 95 untuk pemanduan santai manakala RON 97 lebih sesuai digunakan untuk pemanduan agresif dan high RPM.

Kebanyakan enjin lama telah direkabentuk berdasarkan penggunaan minyak jenis RON 97 manakala di Jepun ujian dilakukan menggunakan minyak jenis RON 98. Oleh itu kebanyakan enjin lama mempunyai compression ratio yang tinggi bagi mengekstrak tenaga secara maksimum dan mempunyai kecekapan termodinamik yang tinggi.

Kredit : Mohd Farhan Alias 

What do you think?

HOW OFTEN DO YOU NEED TO CHANGE YOUR GEAR OIL

Ketahui tanda-tanda ekzos kenderaan anda rosak !