in

KOMPAUN MINIMUM RM300 JIKA NUMBER PLAT TIDAK IKUT SPESIFIKASI

Tahukah anda kompaun yang perlu dibayar jika ditahan polis kerana memasang nombor pendaftaran (atau nombor plat) kotor, kabur atau ‘fancy’?

Setiap pemandu diwajibkan memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Jika didapati melanggar spesifikasi tersebut, anda boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.

SPESIFIKASI NOMBOR PENDAFTARAN

Apakah pula spesifikasi nombor pendaftaran yang betul supaya anda tidak dikenakan kompaun? Berikut spesifikasi yang kami rujuk daripada laman web JPJ.

Ada 3 bentuk plat nombor pendaftaran kenderaan yang dibenarkan, iaitu:

  • Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai hitam.
  • Huruf dan nombor berwarna putih yang dilekatkan atau di’embossed’ atas bingkai berwarna merah bagi kenderaan kedutaan , PBB dan International Natural Rubber Association.
  • Huruf dan nombor berwarna hitam yang di’embossed’ atas bingkai berwarna putih bagi teksi atau kereta sewa.

Berikut contoh ukuran plat nombor pendaftaran.

Sumber PDRM | JPJ | AktaPengangkutanJalan1987

What do you think?

CARA MENGURUSKAN KERETA KEMALANGAN TANPA MENGALAMI KERUGIAN

Premium engine protection you can afford – Full Bore PLUS SERIES