in

LESEN MEMANDU ASING BOLEH DITUKAR KE LESEN MALAYSIA BERMULA ESOK

Rakyat Malaysia yang memperolehi lesen memandu di negara asing boleh menukarkannya kepada lesen memandu Malaysia yang sah melalui pelaksanaan pertukaran lesen yang akan berkuat-kuasa mulai esok.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid menegaskan ia hanya melibatkan rakyat Malaysia yang mendapatkan lesen memandu di luar negara.

Selain dari itu, peserta program “Malaysia My Second Home” turut berpeluang menggunakan kesempatan ini untuk mendapatkan lesen memandu Malaysia.

Permohonan perlu mengikut peraturan ini:

  • Permohonan hanya boleh dilakukan di ibu pejabat JPJ dan pejabat JPJ negeri sahaja.
  • Lesen memandu negara luar itu masih sah dan berkuatkuasa.
  • Lesen memandu negara asal itu hanya boleh ditukarkan kepada lesen memandu percubaan Malaysia (Lesen P) dan diwajibkan menurut undang-undang untuk pemegang lesen P.
  • Pemegang lesen memandu dari negara yang tidak mengikut Konvensyen 1949, negara di luar ASEAN (Perjanjian Negara ASEAN 1985) dan tidak mempunyai Perjanjian Pengiktirafan Bersama (MRA) dengan Malaysia wajib menduduki kelas dan ujian teori undang-undang sahaja.

Warganegara yang mempunyai perjanjian dengan Malaysia masih dibenarkan memandu menggunakan lesen memandu negara itu selagi lesen itu tidak tamat tempoh dan bukan lesen memandu percubaan, lesen sementara atau lesen belajar memandu.

Penggunaan Permit Memandu Antarabangsa (IDP) juga akan diwajibkan, terutama kepada pemandu yang mempunyai kad lesen memandu tanpa terjemahan dalam Bahasa Inggeris.

What do you think?

PENTING !!! Fungsi ‘SHIFT LOCK’ pada gear kenderaan anda!

Kumpul koleksi Batmobile di Caltex sekarang !!!