in ,

Periksa Kereta Anda Sebelum Balik Kampung !

Menjelang hari raya, ramai di kalangan anda bakal pulang ke kampung halaman lebih lebih lagi kepulangan kali ini amat dinanti oleh semua insan.

Kepada yang memandu, pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang baik untuk perjalanan jauh supaya anda kekal selamat di jalan raya pada musim perayaan ini.

Tekanan Angin Tayar

Jika terdapat kesukaran untuk mengendalikan stereng kenderaan dengan lancar, atau kereta mula kelihatan lebih rendah daripada kebiasaan, masanya telah tiba untuk mengisi angin tayar kereta anda. Anda boleh merujuk kepada jumlah psi yang disyorkan di pintu sebelah pemandu atau di dalam manual pengguna.

Brek kereta

Perhatikan keadaan brek kereta melalui celahan rim tayar atau dengar jika brek anda mengeluarkan bunyi nyaring semasa anda memberhentikan kenderaan.

Minyak Enjin

Pastikan kereta anda tidak tersadai di tepi jalan pada musim perayaan ini disebabkan masalah enjin terlalu panas. Minyak enjin hendaklah sentiasa cukup dan bersih supaya suhu enjin sentiasa terkawal terutamanya untuk perjalanan yang jauh. Periksa tahap minyak enjin menggunakan dipstick dan tambahkan minyak ke dalam enjin jika perlu.

Jadualkan penyelenggaran kereta

Pastikan anda mengambil langkah-langkah di atas sebelum memulakan perjalanan anda ke kampung untuk memastikan kenderaan anda berada dalam keadaan yang terbaik. Sebaiknya, lakukan penyelenggaraan sebelum bertolak. Jadikan keselamatan anda dan orang yang tersayang keutamaan utama anda di musim perayaan ini.

What do you think?

PENTING! Panduan pemasangan cermin gelap di kereta anda

Elakkan tinggal kereta lama tidak ber ‘start’