in

INOVASI TEKNOLOGI TAYAR YANG MENARIK PERHATIAN ORANG RAMAI

Kejuruteraan kereta pada hari ini banyak berpaksikan kepada kecekapan dan penjimatan. Sebagai contoh jurutera dan pereka berusaha keras untuk mengesktrak satu liter petrol supaya pergi lebih jauh berbanding sebelumnya. Maka lahirlah enjin yang digabungkan dengan motor elektrik dan sebagainya.

Lebih mencabar apabila enjin yang cekap mempunyai satu lagi sasaran iaitu kuasa. Nampak seperti padanan yang mustahil iaitu cekap tenaga tetapi berkuasa. Sekali lagi revolusi dan inovasi berjaya mencapai sasaran tersebut.

Sekarang, banyak yang kita tengok sesaran enjin yang kecil tetapi lebih cekap, bertenaga dan lebih bersih berbanding teknologi sebelumnya. Konsepnya mudah, sesuatu komponen kereta dipelbagaikan lagi kegunaannya supaya menjadi lebih cekap.

Sumitomo Energy Harvester

Dari situ lagi lahirlah teknologi regeneratif yang turut membekalkan tenaga kepada kereta hibrid dan elektrik.

Ada satu lagi komponen yang tidak patut dibazirkan untuk satu fungsi sahaja iaitu tayar. Alang-alang dah bergolek biar bermanfaat. Sumitomi Rubber Industries yang memiliki syarikat tayar Falken sekarang ini sedang membangunkan tayar yang boleh menghasilkan tenaga elektrik.

Sumitomo dan Profesor Hiroshi Tani dari Universiti Kansai menghasilkan satu teknologi yang diberi nama Energy Harvester dengan menggunakan pengumpulan elektrik statik atau pengecasan geseran (frictional charging).

Konsepnya mudah, sambil bergolek sambil hasilkan tenaga.

 

Sumitomo Energy Harvester

Energy Harvester berbentuk empat segi dan didalamnya terdapat dua lapis getah dengan setiap satunya mengandungi elektrod dan masing-masing dengan filem pengecasan negatif atau positif. Apabila dipasangkan di dalam tayar, Energy Harvester tersebut menghasilkan tenaga elektrik apabila tayar berputar.

Jurutera yang menghasilkan Energy Harvester mengatakan tenaga tersebut boleh digunakan sebagai punca kuasa untuk sensor di dalam Tyre Pressure Monitoring Systems (TPMS) dan pelbagai perkakasan lain tanpa perlu menggunakan bateri.

Teknologi ini dibangunkan di bawah program penyelidikan dan pembangunan (P&P) Sumitomo untuk menambah baik aspek keselamatan dan alam sekitar. Program ini turut mendapat sokongan daripada Agensi Sains dan Teknologi Jepun.

Sumber Muhammad Md Tajudin

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

How To Clean The Battery Terminals On a Car

Beruntunglah Malaysia kerana harga minyak masih lagi terendah di rantau Asia…