in

JENIS TAMPALAN TAYAR YANG PERLU ANDA TAHU

Pertama sekali pastikan anda tahu kawasan yang boleh ditampal sebelum anda menampal tayar . Gambar dibawah menunjukkan contoh kawasan mana yang boleh ditampal dan mana yang tidak boleh.

Image may contain: text

Jika kebocoran berlaku dikawasan tepi tayar. Ianya tak boleh ditampal kerana kawasan tersebut mempunyai tekanan tinggi dan berdawai. Tampalan dikawasan tersebut dikhuatiri akan bocor semula atau lebih teruk bila pendawaian dinding tayar telah rosak, ianya akan mengakibatkan letupan tayar disebabkan bebanan yang tidak seimbang.

Tayar juga mempunyai dua jenis tampalan. Tampalan cacing atau tampalan dari dalam. Ramai tidak ketahui sebenarnya tampalan cacing yang cuma berharga RM5 itu adalah untuk sementara. Kerana ianya tidak sekuat mana dan mungkin akan berlaku kebocoran tempat sama. Tampalan yang lebih bagus adalah tampalan dari dalam. Dimana harganya lebih mahal. Kerana prosesnya yang lebih rumit.

Image result for jenis tampalan tayar cacing
Tampalan Cacing – Sumber Google

Tampalan dari dalam memerlukan rim dan tayar dibuka, meratakan dalam tayar dengan grinder dan patch tampalan yang ditampal menggunakan gam yang lebih kuat berbanding tampalan cacing tanpa gam.

Image result for tampalan tayar  dari dalam
Tampalan dalam – Sumber Google

Jadi, anda perlulah bersedia dengan tampalan cacing untuk perjalanan jauh. Dan periksa tayar dengan kadar segera apabila tayar mengeluarkan bunyik pelik seakan ada besi melekat atau terasa tayar anda hilang tekanan angin tiba tiba. Buat mereka yang telah membuat tampalan cacing, dinasihkatkan untuk melakukan tampalan dalam untuk memastikan masalah bocor ditempat sama tidak berlaku.

What do you think?

“KENAPA KAMI PILIH PERODUA ARUZ ?” Jawapan yang memeranjatkan semua

NEVER Skip That Oil Change!