in

“Kenapa kereta saya berbunyi kuat bila tekan brek?”

Pernah tak dalam situasi terdengar bunyi brek yang kuat apabila tekan brek pedal kereta anda? Pelik bukan, lebih lebih lagi jika anda baru lepas menukar brek pad kereta.

Ini disebabkan oleh brek disc kereta anda mungkin sudah kotor atau calar. Apabila anda menukar brek pad baru, ia masih tidak sesuai lagi dengan disc yang sebelum itu. Permulaan penggunaan mungkin akan mengeluarkan bunyi, brek masih kasar. Tetapi jika ia berterusan, anda perlu mengasah hujung brek pad kereta anda. Mungkin ia bersentuhan dan berlaga dengan besi brek disc itu.

Seterusnya, cara kedua, anda boleh membuat disc skinning. Potong disc tu, biarkan ia rata semula, disc tersebut akan menjadi seperti disc yang baru. Tetapi perlu diingatkan, cara ini hanya boleh dibuat jika disc masih tebal. Jika anda melakukan cara skin disc ini, amat digalakkan untuk menukar kepada brek pad baru.

Brek kereta adalah sistem keselamatan kenderaan yang perlu diawasi dan diselenggara sekerap yang mungkin. Jadi untuk memastikan ia dalam keadaan yang elok dan berfungsi, anda perlulah menjaga dan mengawasinya dengan baik.

Jika terdapat sebarang masalah yang lebih teruk dan ketara, perlulah segera pergi ke bengkel untuk diperiksa. Semoga dengan perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan masalah brek pada kereta anda.

What do you think?

Ketahui tanda-tanda ekzos kenderaan anda rosak !

High Performance Motor Oil BUY 3 FREE 1 – LUBEX MOTOR OIL